Wednesday, July 16, 2008

Tayangan Filem Sukses

Terima kasih kesemua yang menghantar filem untuk ditayangkan. Kita ada satu premier film dari UITM Kopitiam Kurang Manis. Terima kasih TEKA, fakulti yang tidak membuat bising kerana menayangkan filem anak muridnya, malah Ketua Programnya, En.Norman Yusuf, yang saya segani kerana pengetahuan filemnya, serta pensyarah senior, Pak Agi, penyajak yang saya sanjungi, datang memberikan sokongan. Tak macam sesetengah institusi yang memanggil untuk membatalkan tayangan filem, suatu usaha yang tidak beberapa cerdik, kerana kita hanya menayangkan filem-filem tersebut tanpa mengenakan bayaran kepada pengkarya serta kepada penonton. Anak-anak muda ini hanya memerlukan platform untuk menampilkan karyanya.

Nanti kita sambung lagi bicara ini.

Apapun terima kasih kepada Abror, Fazleena, Azri, Fahmi, Bennylita, Amirul( yang tidak dapat menayangkan filemnya kerana belum ada kelulusan daripada ASWARA) serta Johan Arif Mazlan yang tidak berkesempatan menayangkan filemnya kerana berada di Terengganu.

Terima kasih kepada krew DBP Haron dan Jai dan terutamanya Wahab kerana memudahkan kita berkarya!

Terima kasih team KLFF Zamri, Adi, Iswazir dan Farah kerana membantu menyelenggarakan Lights! Lights! Lights! penayangan filem pendek dan doku! Kita harus meneruskan usaha ini!

5 comments:

thedreamer said...

tq dr zul..beri ruang dan peluang.. :)

kaffeestube : wenig zucker said...

u rock dr zul...really lov screening semalam...kalau boleh buat la selalu dan lebih banyak short yg ditayangkan...next time kalau ada talk Q&A pun bagus gak, at least saya sebagai pendatang baru dalam arena filem ni dapat menambah input ttg idealogi dalam sesebuah filem pendek...anyway congrats pada KL FRINGE FESTIVAL...keep it up

zubin said...

Thx Fazleena and Azri, I think we should continue to do that, so there's extra space to screen and discuss about the work. May be next time you guys could help me to make this happen. May be we should do half a year!

Ben said...

harapnya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih atas ruang dan masa yang dikongsi bersama. Sangat menghargainya. All the best Dr Zul!

suka juga untuk membantu pada masa2hadapan..terima kasih lagi dan moga yang terbaik akan diberkati tuhan ...

jari emas said...

betul tue.. pihak sekolah tak de hak nak melarang tayangan filem pendek student kat mana-mana galeri seni. Kite tayang bukan kutip duit kan just nak panggil ramai pengkarya atau peminat industri sama-sama dtg tgk karya pelajar lagi bagus. Tak macam salah satu sekolah kononnya gah tibe2 nak batalkan tayangan filem takut jadi mcm sesetengah short yang dah kecoh satu dunia ..mm