Monday, July 14, 2008


KL FRINGE FESTIVAL 2008 presents 

The screening of 6 shorts from local directors on Wednesday (16.07.2008)8:30pm - Stor Theater DBP (Old building) featuring: 

1.        TUNGGU AKU DALAM SEMINIT LAGI   
     dir:Abror Rivai duration: 15mins genre:fiction- drama 
        language: Bahasa Melayu with English subtitles 
2.        ANAK2 BUMI TERCINTA   
dir:Amirul ‘Ariff A. Wahab duration: 25mins genre:fiction- drama 
language: Bahasa Melayu with English subtitles 
3.        10 TAHUN SEBELUM MERDEKA 
dir:Fahmi Fadzil duration: 35mins genre:documentary 
     language: English & Bahasa Melayu with English subtitles 
4.        KAPAL KERTAS 
dir:Fazlina Hishamuddin duration: 26mins 
language: Bahasa Melayu with English subtitles 
5.        KOPITIAM KURANG MANIS 
dir: Azri Abu Hassan duration:15mins genre:fiction- drama 
language: Bahasa Melayu with English subtitles 
6.        BILA PUNGGOK RINDUKAN BULAN? 
dir:Bennylita Nasuty Ramlee duration: 15mins genre:fiction- fantasy 
language: Bahasa Melayu with English subtitles 

Admission is free. 

TUNGGU AKU DALAM SEMINIT LAGI  dir:Abror Rivai


Sebuah filem pendek eksperimental di dalam tempoh 16 minit mendedahkan kekosongan jiwa sebagai tema kehidupan para pelaku dan watak wataknya. Ia terjadi berikutan kesendirian watak watak tersebut apabila berhadapan dengan kontradiksi zaman dan kemajuan. Setiap diri watak watak ini ingin keluar dari masalah atau belenggu kemunduran mereka walaupun terpaksa menunggu atau melakukan kejahatan untuk menang.. 
Director’s statement: 
Setiap hari. Saya hidup di tengah tengah kota. Terutama di KL. Melihat manusia termengah mengisi kehidupan mereka. Antara untuk hidup dan pengisian kepada hidup itu sendiri. Dua tuntutan ini sentiasa berkontradiksi kerana budaya kerja di kota yang bersaing. Di dalam diri saya. Dan di dalam diri mereka. 
Sewaktu manusia sibuk mengarahkan kehidupannya untuk tujuan ekonomi - pengisian kepada kehidupannya jadi tawar. Pengarahan yang berlebihan kepada tujuan tersebut membikin manusia menjadi terlalu personal dan emosional. 
Bagi saya, remaja atau keremajaan itu di dalam setiap detiknya teruja untuk berubah dan menjadi dewasa. Saya telah merasainya ketika saya masih remaja.. tetapi, terserah kepada budaya macam mana mereka terdedah, didedahkan atau diberinya pendedahan. Jika tidak, mereka akan memilih jalan sendiri. Ada yang berjaya. Tidak kurang terjadi di antara mereka menjadi sunyi. Setelah terlalu lama berjalan menentang arus. 
Setiap hari saya suka melihat. Sekitar pasar basah di KL semakin hari semakin banyak saya lihat manusia atau watak watak sunyi menjadi penghuni……   

Abror Rivai is a full-time filmmaker; has directed & produced many shorts; currently in-progress of finishing his 50mins feature  ‘Le Diable’ & a documentary.


ANAK2 BUMI TERCINTA  dir:Amirul ‘Ariff A. Wahab

Filem pendek ini mengenai Engkau (watak tak bernama) yang sewel, hidupnya sentiasa bertindak mengikut akal rosak hasil sejarah lepas. Walaupun dendamnya telah terbalas dengan kematian bapanya, ‘rabak’ dulu2 masih menjahanamkan. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku tanpa memberi sebarang impak psikologi, akal tetap korup. Setelah sekian lama, Engkau telah berjumpa dengan Dia (sahabat waktu kecil) yang  berkongsi ‘minat’ yang sama. Gerak geri, tingkahlaku dan pemikiran akaliah tidak mampu dibendung atau disontot ruang lingkungnya oleh keupayaan yang lain. Pertentangan ini adalah implikasi daripada konstruksi internal yang terbentuk dari tumbuh pembesaran usia yang kental, tapi ‘rabak’ lama, masih tetap kekal.

Amirul Ariff adalah pelajar tahun 2 Fakulti Filem & Video ASWARA.

10 TAHUN SEBELUM MERDEKA dir:Fahmi Fadzil 
20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada berlakunya peristiwa mogok 'Hartal' seluruh Malaya yang dijalankan sebagai membantah Perlembagaan Federation ciptaan rejim kolonial British dan UMNO, serta kebangkitan sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum Merdeka.

Fahmi Reza is a self-taught graphic artist, designer and documentary filmmaker. He is committed to combining art, activism and politics to explore the role of art in movements for social change. In 2007, he directed the critically-acclaime d political documentary *10 Tahun Sebelum Merdeka*,which was awarded the Most Outstanding Human Rights Film at the 2007 Freedom Film Fest. He is currently working on a follow-up film entitled *Revolusi.

KAPAL KERTAS dir:Fazlina Hishamuddin 
Kapal Kertas menginterpretasi falsafah tentang pertemuan, perkongsian dan perpisahan. Hidup ini sesuatu yang tidak pasti. Manusia hidup dan mati. Kegembiraan dan kesedihan adalah reliti kehidupan. Dewi adalah simbol manusia realistik. Beliau mengharungi arus kehidupan dengan positif, rasional, berani dan bertindak bijak. Dewi percaya bahawa kehidupan adalah ruang untuk bereksperimen, menganalisa serta mencari makna disebaliknya. Ketika Dewi selesa mengatur hidupnya dan menerima pahit manis realiti hidup, seseorang hadir untuk mengujinya. Adakah Dewi masih realistik? 

Fazlina is a graduate from National University of Malaysia ( UKM )Bachelor of Art, Majoring Malay Literature and History Faculty of Social Science and Humanities & holds a Master’s Degree Counseling Psychology Faculty of  Social Science and Humanities from the same uni. Actively involved in arts since her school year till current.         
 

KOPITIAM KURANG MANIS dir: Azri Abu Hassan durasi:15mins                  Ah Keong, seorang peniaga kopitiam yang berusia di awal 60-an di sebuah pekan kecil menerima banyak aduan dari pelanggannya yang sudah tidak puas hati dengan kopitiam nya yang suatu ketika dulu begitu memukau penduduk di pekan tersebut. Ah Keong di bantu oleh Fatimah, seorang gadis dari Indonesia yang naif. Secara tidak langsung Ah Keong telah menjalinkan hubungan dengan Fatimah secara senyap dan tiba-tiba 'kopitiam'nya menjadi laris, ramai pengunjung datang minum kopitiam Ah Keong.

Azri Abu Hassan kini adalah tutor separuh masa di ASWARA dan pengarah filem dan produser di MayTek Production Sdn.Bhd. Tamat Diploma Perfileman di ASWARA pada tahun 2003 dan seterusnya melanjutkan pengajian filem di Universiti Teknologi MARA. Mempunyai pengalaman bekerja di industri perfileman beberapa buah syarikat seperti Persona Pictures dan Metrowealth Movie Production sebagai Pengarah The Making Of… 9 September dan BS 21.

BILA PUNGGOK RINDUKAN BULAN dir: Bennylita Nasuty Ramlee 
Suatu masa dahulu di Kayangan, Punggok amat cintakan Bulan dan menyatakan hasrat ingin mengahwininya. Bulan bersetuju dengan syarat; Punggok mesti mencari semula Cermin Muka kesayangannya yang telah terjatuh ke bumi, sebagai hadiah perkahwinan mereka. Pengembaraan mencari cermin muka Bulan dibantu oleh Arjhuna, sahabat lama Punggok, yang juga berasal dari Kayangan tetapi kini telah menetap di Bumi. Punggok dan Arjhuna merentas gunung, hutan dan tasik untuk mencari Cermin Muka Bulan dan telah menemukan mereka dengan Sang  Naga. Namun begitu, Cermin Muka Bulan telahpun bertukar tangan daripada Naga kepada Bigfoot, kemudiannya kepada Orang Kenit dan akhirnya terjatuh ke tangan Duyung. Berjayakah Punggok bertemu semula dengan kekasihnya Bulan? 

Bennylita Nasuty Ramlee adalah Pembikin Filem Pendek, Produser dan Pensyarah Multimedia yang gemar melukis. berkelulusan Ijazah Pertama Sains Komputer (Multimedia) dan Diploma Seni Video dan Filem, Akademi Seni Kebangsaan. Turut sama dalam pembikinan filem pendek dan dokumentari seperti 'Sayap-Sayap yang Patah', 'Telefon', 'Smoke', 'Once at the Summit', 'Batossai', 'Obstacles' dan 'Comolot' serta ‘Produksi Bangsawan Megat Terawis’ oleh Seniman Negara Pak Rahman B, ‘Makyong Anak Rajah Panah’ oleh Puan Fatimah Abdullah. antaranya adalah 'Hari Ni Hari Bodo Saya Cik!', 'Ombak Sutera', 'Magicletter to Hitam', 'Ramli Sarip Ruh Zaman', 'Kisah Gajah yang Gemar Melukis', 'Taksuku', 'Lembaga', ‘Siri Animasi Inspirasi: Kenic Pup’, dan yang  terkini 'Bila Punggok Rindukan Bulan?'. Pada masa ini, dia juga melukis dan menguruskan Syarikat Produksi Multimedia dan Label Muzik Bebas kepunyaannya, Pekanmaya di Ampang, Selangor. 

No comments: