Sunday, July 6, 2008

Program Terbaru KL Fringe Festival 08

 

“Retorika”

KL Fringe Festival 2008

11 July – 4 August 2008

 

DBP(Dewan Bahasa & Pustaka, Old Building), Jln.DBP, KL.

www.klfringefestival.blogspot.com

 

Dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Galeri Tenaga dan di bantu oleh Jari Jemari.

 

11-16 July 2008     STOR TEATER DBP

 

“LIGHTS ON PLEASE”

TOLONG NYALAKAN LAMPU

 

11-14 July 2008

 

Persembahan Karya Teks Baru. Mono & Polidrama.

 

-       Hamzah Tahir, MYTH (Mencari Yang telah Hilang). Arahan dan lakonan Hamzah Tahir, penyanyi undangan Hafiz Askiak.

 

-       Syahrul Fitri, Gugurnya Kupiah Putih. Arahan dan lakonan Syahrul Fitri serta 11 orang barisan korus.

 

-       Zulkifli Mohamad(phd), Gebu Gembira. Arahan Zulkifli Mohamad dan lakonan Ismaliza Ishak.

 

-       Francis Tanglao Aguas, Sari Manok Travels. Arahan dan lakonan Francis Tanglao Aguas.

 

-       Marlenny Deenerwan, YB JEE. Arahan M. Nasri Ayob, lakonan Marlenny Deenerwan.

 

-       Arifwaran, TST. Arahan Arifwaran, lakonan Arifwaran dan pelakon undangan.


1. Hamzah Mohamed Tahir

Pensyarah di Program Teater, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. telah mendapat pendidikan formal dalam bidang Seni Lakon di Pusat Seni,  Universiti Sains Malaysia. Seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang Sinografi di Central Saint Martins London Institute UK, beliau juga telah terdidik dalam bidang Artistik untuk Filem dan Televisyen di  Universiti of Industrial Arts , Helsinki pada tahun 1996. Pernah menyandang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik melalui teater Tanah Bernanah di Pekan Teater Kebangsaan 1991. Sewaktu di UK, beliau terlibat dalam produksi teater Dreams (Cochrane Theatre, London 1996) Macbeth (Tricycle Theatre 1995), Henry IV  (English Touring Theatre 1996) dan Out of LIFT (London International Festival of Theatre 1996). Turut terbabit dalam 5th Cairo International Experimental Theatre Fest 1993 ,  PQ 95 Prague Quadrennial (International Exhibition and Competition of Stage Design and Theatre Architecture) dan WOMAD 1999 di Reading UK. Di Kuala Lumpur beliau terlibat untuk produksi teater diantaranya The Cord, Tanah Bernanah, Muzikal Puteri hang Li Po, Muzikal Puteri Gunung Ledang , Raja Lear, Merdeka! Merdeka! Merdeka!, Sireh Bertepuk Pinang Menari dan Monodrama Angin Mengambang.

Menjadi Pengarah Artistik untuk Tengku Anum, Alang Rentak Seribu, Muzikal Lantai T. Pinkie. Mengarah beberapa produksi teater termasuklah Pintu, Pertemuan, Petaka, Ayam Jantan Ayam Betina dan Muzikal Jati.  Dalam bidang tarian beliau mendapat pendedahan awal dalam tarian tradisional dan pernah mengikuti Bengkel Tarian Tradisional di bawah koreografer yang disanjungi iaitu Allahyarham Ahmad Omar. Selepas itu beliau berpeluang berkerja dengan koreografer seperti Professor Dr Ghouse Nassuruddin, Dr Chandrabhanu dari Bharatam Dance Company, Aida Redza, Lena Patel (London Contemporary) dan Pat Ibrahim (The Kit Kat Klub). Pengalaman yang amat berharga bagi dirinya adalah sewaktu menjadi penari dibawah koreografer dramatari klasik melayu tersohor tanahair iaitu Datin Azanin Ahmad dalam dramatari Kunang Kunang Gunung Ledang, Tun Fatimah dan Keris. Hasil kerja beliau sebagai koreografer termasuklah Muzikal Selendang Jiwa,Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu Tanah Serendah Sekebun Bunga, teater Salina, Bukan Lalang Ditiup Angin  Medea, RAM, Pentas

SINOPSIS - MYTH (MENCARI YANG TELAH HILANG)

Sebuah aksi dramatik yang menyulamkan kata dan gerak.

Bila jiwa terpisah dengan jasad dan juga sebaliknya, terjadilah satu kejadian yang menyayat hati. Peristiwa dunia yang bergetar menyebabkan manusia hilang tujuan, hilang tumpuan, segala peristiwa membawa kepada satu tindakan yang diluar dugaan. Apa yang hilang? Dari sehari ke hari yang lain kita sentiasa merasa kehilangan, sedikit demi sedikit ianya memberi pengertian yang mendalam pada kehidupan manusia. Bila manusia hilang akal, hilang rasa hilang jiwa, apa apa pun boleh terjadi….namun biar hilang di mata di hati jangan. 

2. SYAHRUL FITHRI MUSA

SYAHRUL FITHRI MUSA berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan Teater dan Drama dari Universiti Malaya. Kemudian, menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Sains Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T) Universiti Teknologi Mara. Beliau pernah terlibat dalam projek-projek seni persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Korea Selatan, Myanmar, Singapura, Thailand dan Indonesia. Beliau banyak melibatkan diri sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip dan juga di bahagian pengurusan pentas. Diantara persembahan-persembahan yang pernah dijayakannya ialah seperti ‘Tingginya Menyapu Awan’ (1997), ‘Remang Di Lorong Tua’ (1998) ‘Wau Bulan’(1999), ‘Meja Bulat’ (2000), ‘Jangan Bunuh Diri’ (2000), ‘Cinta Sumirang’ (2000), ‘Kursi’ (2000), ‘Obsesi’ (2001), Merdeka! Merdeka! Merdeka! (2002), ‘Root and Earth’ ‘Ronggeng Rokiah’ (2003), ‘Puteri Hang Li Po’ (2004), ‘Present for Megawati’ (2004) ’Tunku Kudin’ (2004,2005) ‘Jerejak’ (2006) ‘Ram’ (2007) dan yang terbaru ‘Pentas Opera’ (2008). Selain teater, beliau juga terlibat dalam produksi drama tv dan filem.  Terbaru, beliau bertanggungjawab menggalas tugas sebagai Penolong Pengarah II dalam filem Wayang arahan Hatta Azad Khan. Beliau pernah dinobatkan beberapa anugerah seperti pengarah, pelakon dan penulis skrip terbaik di Universiti Malaya pada tahun 1999 dan 2000. Selain itu, beliau juga menjadi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Teater 2001 melalui lakonannya dalam ‘Obsesi’.  

SINOPSIS - GUGURNYA KOPIAH PUTIH

Sebuah political satire yang mengaitkan dua simbol yang kontradik antara kopiah dan pistol. ‘Gugurnya Kopiah Putih’ mengambil kisah seorang pelajar beraliran agama yang akhirnya menjadi seorang penjenayah. Ia bermula dari konflik seorang pelajar yang bernama Nabil yang hilang belaian kasih sayang dari keluarganya apabila terpaksa tinggal di asrama. Dia  merayu dari ayahnya untuk keluar dari asrama tersebut dengan alasan tidak dapat menyesuaikan diri hidup disitu. Walhal, dia sering dibuli oleh pelajar senior. Ayahnya berkeras tidak membenarkannya keluar dari asrama. Ini menyebabkan dirinya memberontak dan tersemat perasaan dendam yang teramat sangat terhadap salah seorang seniornya sehingga berlakunya pergaduhan yang besar. Nabil dibuang sekolah kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pelajar senior tersebut. Selepas kejadian tersebut, sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan yang ada dalam dirinya hilang sehingga menjadi seorang penjenayah yang dikehendaki. 

3. FRANCIS TANGLAO AGUAS

Francis Tanglao-Aguas  is the author of "when the purple settles," winner of the 2002 Don Carlos Palanca Award, the Philippines National Prize in Literature.  He also wrote "where the carabao sleeps," and "Abuja Woman," both winners of the Audrey Skirball Kenis Playwriting Award. In April 2007, he performed his original solo play, "The Sarimanok Travels" at the University of Hawaii where he was awarded a Freeman Foundation Artist in Residence.  His newest work "Ramayana La'ar," a theatrical adaptation of the sacred Hindu epic "Ramayana," received wide acclaim from the Williamsburg community and the Virginia Gazette garnering Best Play, Best Director, Best Actor, and Best Actress awards.  He is also the co-editor of "Tibuk-Tibok Festival Anthology of Young Filipino Writers." Educated at the UCLA School of Theater, Film & Television with a B.A. in Theater Magna Cum Laude, and M.F.A. in Playwriting, Professor Tanglao-Aguas is founding Artistic Director of the Ateneo de Manila Fine Arts Festival and Theater Underground at UCLA.  He has also taught at the International Islamic University Malaysia, Ateneo de Manila University, Kenyon College, and Georgetown University. He is a member of Asia Pacific Indigenous Plays Festival, Screen Actor's Guildand the Dramatists Guild of America.  In April 2008, he will be directing the Pulitzer Prize winning "Topdog/Underdog" bySuzan-Lori Parks for William and Mary Theatre's Second Season. In 2007, Professor Tanglao-Aguas was awarded Outstanding Professor from the College of William and Mary Image Awards.  He is proud of his work advancing the celebration of diversity alongside the students groups he advises such as Filipino American Students Association (FASA), Asian Student Council, Muslim Students Association, African American Theatre Club, and the newly founded International Performance Arts Exchange (IPAX). PERFORMANCE:

SINOPSIS – SARIMANOK TRAVELS

Francis Tanglao-Aguas will be performing excerpts from his one man show THE SARIMANOK TRAVELS, a solo epic inspired by the mythological roots of the Philippines fused with contemporary manifestations of the Filipino global experience.  Francis previously performed SARIMANOK in Malaysia in 2003 at the Asia Pacific Indigenous Plays Festival held at the International Islamic University.

4. DR. ZULKIFLI MOHAMAD 

Pernah menjadi ahli termuda, 13 tahun, dalam Persatuan Penulis Kelantan yang diketuai oleh Norhisham Mustapha. Banyak menulis sajak dan esei di majalah tahunan Sempana Kelantan. Belajar zapin dan silat dari guru-guru yang juga bapa-bapa saudaranya di Salor, Kota Bharu sejak berusia 8 tahun. Zulkifli berpengalaman menari dengan Suasana Dance Theatre Company sejak 1986 hinggalah ke produksi Tun Fatimah untuk tayangan Hari Merdeka 1997 di ASTRO RIA. Mula menghasilkan karya teater tari sejak 1993 bersama kumpulannya Teater Haus di Kuching Sarawak, sebelum berhijrah ke Bangkok dan Jakarta. Kembali ke Malaysia pada tahun 2003 dan menghasilkan produksi Tanah Serendah Sekebun Bunga yang diasaskan atas sajak karya beliau sendiri. Seterusnya menulis saja Aku Binatang Jalang sebagai tribut untuk sajak Aku karya Chiril Anwar dan terpilih untuk mementaskan karya teater tari dalam Emas Sepuluh di Istana Budaya. Mula mempamerkan karya teater tarinya sejak di Bangkok Fringe Festival sejak 1999 ke 2005. Zulkifli mula menulis drama monolog dengan Selipar Jepun yang turut dinominasikan bersama muzikal P.Ramlee untuk anugerah Best Malay Original Play di Cameronian Arts Award. Beliau kini mula mengumpul kembali sajak-sajaknya sejak 1978 untuk sebuah antologi.

SINOPSIS – GEBU GEMBIRA

Gebu Gembira lahir dari ide untuk merealisasikan sebuah cerita yang bermula dari iklan bedak batu di zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Gebu Gembira adalah sebuah kisah wanita tua yang menjual bedak sejuk dan bedak batu di Pasar Minggu di Kampung Baru. Aminah, mempunyai kisah suka duka yang pedih di dalam hidupnya. Dia juga pernah menjadi penari istana di zaman Kubu Budaya Tengku Temenggong di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu perang hidupnya menjadi kucar kacir. Ini adalah skrip monodrama yang kedua dihasilkan oleh Dr.Zulkifli. Persembahan Gebu Gembira menggunakan bentuk-bentuk gerak tari dan ekspresi tubuh yang bergaul dengan dialog dan naratif penceritaan.

5. Marlenny Deenerwan

Marlenny Deenerwan merupakan graduan Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya yang juga pemegang Diploma Seni Penulisan Kreatif dari Akademi Seni Kebangsaan. Melibatkan diri dengan teater sejak 1998 dan sehingga kini telah  berlakon dalam lebih 30 produksi membabitkan teater moden dan juga tradisional. Dalam bidang lakonan beliau telah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Teater Wilayah Persekutuan dan Festival Teater Malaysia 2003 menerusi pementasan Dewan Persidangan (M.Nasri Ayob), serta anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater MAKUM 2005 menerusi pementasan muzikal Selendang Sakti (Roselina Khir). Turut tercalon dalam 5 finalis bagi kategori Best Actor In A Leading Role dalam Anugerah Boh-Cameronian 2006 menerusi monodrama Laut Lebih Indah Dari Bulan (Namron). Bermula 2002, Marlenny mula terbabit dalam bidang pengarahan pentas dan sehingga kini beliau telah mengarahkan beberapa produksi antaranya No Smoking Please, The Maids, The Glass Menageries, The Zoo Story, Melati & Melur serta Dari M ke M

Aktif dalam bidang penulisan skrip televisyen dan pentas, beliau telah menghasilkan 11 buah drama yang telah dipentaskan serta lebih 20 skrip televisyen sama ada untuk produksi drama, iklan dan juga program bual bicara. Bakatnya dalam bidang penulisan lirik turut membawa beliau meraih anugerah Lirik Terbaik dalam Festival Nasyid Kebangsaan pada 2002 dan 2004. Skrip filem pendeknya berjudul Mencari Jalan turut meraih Hadiah Ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip anjuran Finas pada 2005.

Anak jati Sabah ini juga aktif menjalankan penyelidikan ke atas teater tradisional dan dilantik sebagai Pegawai Penyelidik bagi KeKKWa pada 2006. Kini, Marlenny sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang teater tradisional di Universiti Malaya dan menjadi tenaga pengajar di beberapa buah institusi pengajian tinggi.

M.Nasri Ayob (Pengarah)

Pemegang Diploma Teater dari Akademi Seni Kebangsaan dan kini merupakan pekerja sepenuh masa dalam produksi televisyen dan juga filem. Dalam bidang teater beliau telah terlibat menjayakan lebih 40 buah produksi sama ada sebagai pelakon, pengarah dan juga pekerja produksi. Pernah meraih anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003 dan juga Pengarah Terbaik Festival Teater Malaysia 2003 menerusi drama Dewan Persidangan. Antara drama lakonannya termasuklah Hamlet (Faridah Merican), The Tempest (Zahim Al-Bakri), Macbeth (Ahmad Yatim), Julius Caesar (Marzuki Ali), Jejak Pahlawan (Khalid Salleh) Taming Sari (Rahman B.) dan Siti Zubaidah (Zakaria Ariffin). Manakala pementasan yang diarahkannya termasuklah Nur, Tok Perak, Sangkar Madu, Awal & Mira, Zikir Ratna, Brutus Casius dan Kereta Kencana.

Dalam bidang televisyen, beliau telah terbabit dalam lebih 20 produksi televisyen dan filem sama ada sebagai pelakon atau pekerja produksi.  Antara filem yang menggunakan khidmatnya termasuklah Cinta, Diva Popular, Monday Morning Glory, Zaleha Ayam Patah dan Dunia Baru The Movie. Anak kelahiran Pahang ini pernah bertugas sebagai Pegawai Kebudayaan di Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor sebelum memutuskan untuk menjadi artis bebas serta mengasas dan menggerakkan produksinya sendiri, Mekar Budaya Production.

SINOPSIS - “YB JEE”

Sebuah komedi mengisahkan JEE, wanita berkerjaya, mempunyai seorang suami yang sering dibangga-banggakannya kerana memiliki ciri-ciri suami mithali. Suaminya sangat bertanggungjawab dan dalam kesibukan JEE bekerja, suaminya rela mengambil-alih sepenuhnya kerja JEE sebagai seorang suri rumah tangga. Suaminya menjaga anak, memasak, membasuh kain, menyediakan keperluan rumah tangga dan melakukan segala-gala yang dilakukan oleh seorang suri rumah tangga. JEE rasa hidupnya sangat bahagia malah kawan-kawannya menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita yang sangat bertuah. Persoalannya, bertuah keeee??? ....

6. Arifwaran

Born in 1978, Arifwaran began his carier professionally at a very young age with some of Malaysia´s leading directors, choreaographers and artists. Arif studied performing arts at the Malaysia´s performing art institution, National Arts Academy Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur. At the age of 18 he is one of the founding member of Shakti Dance Company, a company which aim on the development of feminist activities in Malaysia. Mohammad Arifwaran Bin Shaharuddin´s knowledge and interest on the forms of theatre and dance ranges mainly in the development of traditional and contemporary arts idiom. A director, playwright, actor, vocalist and a choreographer, he is now an artistic director and choreographer for his company.

Mohammad Arifwaran Bin Shaharuddin´s knowledge and interest on the forms of theatre and dance ranges mainly in the development of traditional and contemporary arts idiom. He has been involved with some of the major traditional arts masters, e.g. the late Khatijah Awang and Awang Hamzah, who are the biggest influence in understanding the need to interpretation and the accommodation of traditional form in the new representational world of urban contemporary life in Malaysia. His interest of devalued muscle work and the interpretative invisible body has moved him to a more directive approach to question the extensive influences that exist in the traditional art forms through the studies of the backbone and speech. 

 Arifwaran is now residing and working as a full-time artist in Germany. Recently, he has been chosen as one of the Rolex's Arts Awards 2008 finalists.

SINOPSIS: TST

 TST adalah sebuah ekspresi teater fizikal yang menceritakan pengalaman hidup seorang seniman.

 

15-16 JULY 2008

STOR TEATER

8.30 Mlm – 10.30 Mlm.

 

TAYANGAN FILEM-FILEM PENDEK

ABROR RIVAI, FAHMI REZA, AZRI ABU HASSAN, JOHAN ARIF

Azri Abu Hassan – Kopitiam Kurang Manis

Azri Abu Hassan kini menjadi tutor separuh masa di ASWARA dan pengarah filem dan produser di MayTek Production Sd.Bhd.. Dia tamat Diploma Perfileman di ASWARA pada tahun 2003 dan seterusnya melanjutkan pengajian filem di Universiti Teknologi MARA.

"Cerita ini mengisahkan Ah Keong, seorang peniaga kopitiam yang berusia di awal 60-an di sebuah pekan kecil menerima banyak aduan dari pelanggannya yang sudah tidak puas hati dengan kopitiam nya yang suatu ketika dulu begitu memukau penduduk di pekan tersebut. Ah Keong di bantu oleh Fatimah, seorang gadis dari Indonesia yang naive. Secara tidak langsung Ah Keong telah menjalinkan hubungan dengan Fatimah secara senyap dan tiba-tiba 'kopitiam'nya menjadi laris, ramai pengunjung datang minum kopitiam Ah Keong."

Fahmi Reza – Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Fahmi Reza adalah seorang pembikin filem yang baru mula mengorak langkah tetapi telah memenangi anugerah khas di Festival Film Freedom 2007. Filem beliau adalah subuah filem dokumentari yang mencari dan menyelidik pendapat, cerita dan pandangan para pejuang kemerdekaan sepuloh tahun sebelum merdeka.

 

LIGHTS ! LIGHTS ! LIGHTS!

LAMPU! LAMPU ! LAMPU!

 

17- 19 JULY 2008

Stor Teater

8.30 – 10.00 Mlm

 

Teater Kanak-kanak (English)

The Day I Met The Prince (Karya Koh Pao Kun)

Arahan Pengarah Baru, Amy Chew Mun


25 Julai – 2 Ogos 2008



Stor Teater DBP
: 9.00 Malam

Tiket
RM 30(Dewasa)
RM 15 (Pelajar)

TEATER MALAM 7 DRAMA 7 DURI

Persembahan monodrama dan drama pendek yang diselang- selikan dengan komposisi muzikal Iryanda Mulia Ramly.




Singa
       

Nangislah Anak
       

Tukang Sapu
       

Pukul
       

Ayam Sabung
       

Hutang
       

Maafkan Aku




Ard Omar (Pengiat Teater dari Ipoh, Perak, teater KLKU & Topeng Topeng)

Nuur Jihan Musa (berlakon Lorong Blues dan KLku)

Shahizal Arshad (finalis Bintang RTM dan pernah berlakon dalam KLKu)

Ungku Hariz Faizal (pelakon drama Ali Din dan turut beraksi dalam teater KLKu)

Raja Emy Shahril Raja Ismail (pelakon Topeng Topeng
Irfan Poizi
Nurzilahanim Mohd Darunai,
Ezzat Hakimi, Ahmad Kamil
,Mohd. Afis, Azim Abdullah


Persembahan anjuran
Stefani dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ini diarah oleh Fauziah Nawi yang mengenegahkan

karya-karya
Baha Zai,
Iryanda Mulia Ramli,
Ashrin Abd Azim dan dilakonkan oleh Fauziah Nawi,
Nuur Jihan Musa,
Ard Omar,
Shahizal Arshad,
Raja Emy Shahril Raja Ismail,
Ungku Hariz Faizal,
Irfan Poizi,
Nurzilahanim, Mohd Darunai,
Ezzat Hakimi, Ahmad Kamil,
Mohd Afis, Azim Abdullah





Sinopsis



Singa karya Baha Zain
mengisahkan Singa memanggil semua binatang untuk memaklumkan tentang perletakan jawatannya sebagai raja. Singa mahu melantik di antara kalangan binatang lain menjadi penggantinya. Masing-masing cuba menonjolkan kebaikan & kelebihan agar dipilih tetapi siapakah akhirnya pengganti singa sebagai raja rimba?.


Nangislah Anak karya Ashrin Abd Azim, adalah kisah
Jah ditinggalkan suaminya seorang askar di tepi hutan Kuala Kubu bersama dua orang anak kecil. Dalam ketakutan didatangi musuh, kedua anak kecilnya tidak berhenti -henti menangis. Jah cuba memujuk mendiamkan mereka.



Tukang Sapu karya Iryanda Mulia
Si tukang sapu dengan kehidupan penuh kepalsuan. Pukul karya Iryanda Mulia
Apabila orang perempuan cerita tentang bab pukul memukul.


Ayam Sabung
Ego dan Nasib Seorang Lelaki yang kegemarannya suka membelasah orang.

Hutang
Kehidupan dilingkari dengan hutang.

Maafkan Aku, cerita generasi baru dan generasi lalu.
  



STEFANI kembali dengan teater Malam 7 Drama 7 Duri selepas persembahan teater muzikal KLKu dan Topeng Topeng yang telah dipentaskan pada awal tahun ini. Selain menjadi pengarah, Fauziah Nawi turut beraksi setelah aksi akhir beliau di pentas pada tahun lalu menerusi teater Lorong Blues. Teater ini turut menggabungkan penglibatan penggiat muda teater, remaja dan kanak-kanak dari Sanggar Teater Kanak Kanak Fauziah Nawi.

 Sebarang pertanyaan dan tempahan tiket sila hubungi nombor berikut:
            Mokhtar Adnan: 017-6797151, Azian: 012- 2726553, atau lawati blog STEFANI www.akulahrawana.blogspot.com.

3 comments:

Ajami Hashim said...

good luck wt the project bro! ;-)

zubin said...

Ajami, nanti jangan lupa datang ya, kita ada sampai hari isnin malam. Looking forward to see you and talk to you soon.

Azmi Ali said...

“LIGHTS ON PLEASE”
TOLONG NYALAKAN LAMPU 11 july pukul berapa bro...