Tuesday, July 22, 2008

Opera Jawa Di UiTM Shah Alam (Puncak Perdana)

Opera Jawa yang dulunya disenaraikan didalam KL Fringe Festival 08, terpaksa ditunda penayangannya kerana masalah tempat di DBP, tarikh yang ditetapkan pada 15 Julai 2008 telah diambil oleh DEBAT Antara Anwar Ibrahim dan Sabery Chik. Tayangan filem-filem terpaksa ditunda dan ditangguhkan. Jadi tinggallah filem-filem pendek sahaja, iaitu sebanyak 6 sahaja. Setelah itu dua filem, tidak mendapat keizinan ASWARA, maka jadilah 4 penayangan, tapi kemudiannya bertambah semula menjadi 5. Apapun, saya dengar dua filem tersebut telah ditayangkan di MASKARA di Rumah Pena pada 18 Julai, yang dikendalikan oleh Fazleena Hishamuddin. Tahniah!

Apapun Opera Jawa telah ditayangkan di UiTM minggu lalu dan akan ditayangkan kembali atas permintaan ramai pada minggu ini Rabu 23 Julai 2008. Ada juga tulisan Mas Hamzah dari UiTM yang ketika ini sedang menulis thesis sarjananya tentang filem-filem Garin. Di sini saya petik tulisan beliau dari Malaysian Cinema

Beberapa komentar Opera Jawa di www.saloranseni.blogspot.com


No comments: