Thursday, December 4, 2008
KL Fringe 2009
Sunday, August 17, 2008
Sunday, August 10, 2008
Organised Chaos@KLFF
Tuesday, August 5, 2008
Sorry About the Cancelation of Arifwaran's Performance
Wednesday, July 30, 2008
KL FRINGE FESTIVAL FINALE ON 8 AUGUST 2008, DBP (OLD BUILDING) KL
BLOG > KL FRINGE FESTIVAL: BAHASA JIWA BANGSA @ DEWAN BAHASA & PUSTAKA, KL, 8 AUG
Mon, 28/07/08 - 14:03PM Filed in Blog by naseem | Tags: kl fringe festival,gigs | Comments: 0Venue: Stor Teater | Train: N/A
Address: Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
Price: Admission is free | Contact: 03-4253 5393
E-mail: mok61@streamyx.com | Website: www.klfringefestival.blogspot.com
Bahasa Jiwa Bangsa at the KL Fringe Festival 2008 features performances by local bands Fatullistiwa Soundscapes, Lurks, Radiostar, Nervedeless and Arus. The event begins at 8pm on 8 Aug at Dewan Bahasa & Pustaka (old building) in KL, Malaysia. Admission is free.
For more info, visit klfringefestival.
Tuesday, July 22, 2008
KLFF2008 & 2009
Petikan Dari Riang-riang tentang KLFF08
Opera Jawa Di UiTM Shah Alam (Puncak Perdana)
Beberapa komentar Opera Jawa di www.saloranseni.blogspot.com
Terima Kasih Bayan (Riwayat Jalanan)
KL Fringe 08 : Emansipasi Emosi Manusia
Posted by Bayan under Riwayat Jalanan | Label: filem pendek, KL Festival,KL Fringe 08 |Aku hanya manusia sepi yang kadangkala ingin menjerit mahukan kebisingan kemerdekaan yang sebenar. Ahhhh….dunia, adakah kau dengar ini? Ini suara hatiku!
KL Fringe Festival 2008 sempena KL Festival sepanjang bulan Julai 2008 (1-31 Julai), masih berlangsung.
Terlalu banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. Pilih sahaja yang mana. Ini bukan zaman harus diberitahu dan diuar-uarkan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Ini zaman kita mencari maklumat sendiri. Zaman kita keluar dari kepompong dan mencari pengalaman sendiri.
Ya, terlalu banyak aktiviti menarik yang dijalankan. Kamu yang berminat, berusahalah mencari maklumat itu dan seakhirnya jika kamu ketinggalan jangan salahkan pihak itu atau ini yang kononnya tidak mempromosi dengan baik.
Berbalik kepada Festival KL yang menyediakan pelbagai aktiviti yang merangkumi aspek seni persembahan, seni tampak, bahasa dan persuratan, warisan dan kebudayaan serta acara-acara lain yang sememangnya perlu diterokai terutama bagi generasi muda yang kononnya penuh dengan energi dan semangat, namun sering tersilap laluan sehingga dilihat sebagai generasi yang kecundang. Tapi, tidak semua kecundang.
Menonton KL Fringe pada 16 Julai 2008 yang lepas yang mengumpulkan beberapa filem pendek untuk tontonan umum
1. TUNGGU AKU DALAM SEMINIT LAGI
dir:Abror Rivai duration: 15mins genre:fiction- drama
language: Bahasa Melayu with English subtitles
2. ANAK-ANAK BUMI TERCINTA
dir:Amirul ‘Ariff A. Wahab duration: 25mins genre:fiction- drama
language: Bahasa Melayu with English subtitles
3. 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA
dir:Fahmi Fadzil duration: 35mins genre:documentary
language: English & Bahasa Melayu with English subtitles
4. KAPAL KERTAS
dir:Fazlina Hishamuddin duration: 26mins
language: Bahasa Melayu with English subtitles
5. KOPITIAM KURANG MANIS
dir: Azri Abu Hassan duration:15mins genre:fiction- drama
language: Bahasa Melayu with English subtitles
6. BILA PUNGGOK RINDUKAN BULAN?
dir:Bennylita Nasuty Ramlee duration: 15mins genre:fiction- fantasy
language: Bahasa Melayu with English subtitles
Tetapi saya hanya sempat menonton 3 filem pendek iaitu Kapal Kertas, Tunggu Aku Dalam Seminit Lagi dan 10 Tahun Sebelum Merdeka. Ketiga-tiga filem pendek ini memang membuat saya teruja. Dengan tema yang berbeza saya rasa pengarah ketiga-tiga filem ini berjaya memperkenalkan saya dengan tiga dunia yang berbeza.
Kekosongan jiwa dan pengisian kehidupan yang bagaimana yang harus dipilih oleh seseorang, terkandung dalam filem pendek berjudul Tunggu Aku Dalam Seminit Lagi karya Abror Rivoi. Permainan emosi melalui lagu dan paparan pergerakan watak tanpa dialog dan dengan dialog yang penuh, sungguh mencabar saya untuk memahaminya.
Lebih menarik bagi saya ialah pemaparan sejarah melalui bahan-bahan dari arkib dan temubual dengan orang-orang lama yang terlibat dalam peristiwa mogok Hartal seluruh Malaya yang dijalankan sebagai membantah Perlembagaan Federation ciptaan rejim kolonial British dan UMNO, serta kebangkitan sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.
Ya, saya sebagai generasi muda agak ‘ternganga’ dengan pemaparan filem pendek/dokumentari bertajuk Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka karya Fahmi Reza ini. Sungguh, tidak seperti bosannya mempelajari sejarah melalui buku-buku teks yang saya pelajari dahulu. Saya semakin mencintai sejarah bangsa dan negara saya apabila menonton filem ini.
Filem ketiga yang saya tonton ialah Kapal Kertas karya Fazlina Hishamudin yang pernah dicadangkan oleh Tok Rimau suatu ketika dahulu. Ini kisah gadis sepi katanya. Falsafah tentang pertemuan, perkongsian dan perpisahan dipaparkan dengan agak menarik. Mungkin juga saya terpesona dengan falsafah fotografi yang digunapakai oleh watak Ilham Hakimi. Mengambil gambar kesedihan. Apa yang lebih penting ialah garapan kehidupan yang pelbagai. Bagaimana manusia menanganinya, apatah lagi seorang gadis.
Saya bukanlah orang yang tepat untuk mengulas filem-filem pendek yang saya tontoni itu. Dan itu bukan tujuan saya menerbitkan entri ini. Membuka jiwa menonton filem pendek ini membuatkan saya terfikir beberapa perkara yang agak positif.
Saya mengagumi mereka yang menghasilkan filem-filem pendek seperti ini. Filem pendek bukan satu kerja main-main atau ’syok sendiri’. Ia hadir sebagai pengisian rohani di tengah kemelut politik dan isu-isu semasa negara yang sebahagian besar dari kita tak mampu buat apa-apa pun. Sekadar bercakap, meluah rasa hati melalui blog dan paling teruk mungkin menyumpah seranah pihak tertentu.
Pada mulanya saya menganggap mereka yang berkarya sebegini lebih kepada ‘mencari sesuatu sebagai hujah bela diri atau escapisme’ terhadap kemelut negara yang tersangkut dengan pelbagai isu.
Seakhirnya, saya melihat ia sebagai satu disiplin yang mantap dalam memberi ruang kepada individu terutama remaja, yang kreatif dan luar biasa untuk berkarya sebebas-bebasnya.
Bak kata seorang teman yang giat dan aktif dalam bidang seni persembahan ini, yang mengatakan;
Filem pendek merupakan satu ruang untuk mereka mencabar peraturan dipelajari dan seterusnya menempatkan diri dalam kelompok blue ocean.
Blue Ocean Strategy dihasilkan oleh W. Chan Kim dan Renee Mauborqne. Kedua-duanya dari INSEAD Blue Ocean Strategy Institute. Buku ini telah terjual lebih daripada 1 juta naskhah pada tahun pertama diterbitkan dan telah diterjemahkan kepada 41 bahasa
Blue Ocean lebih kepada mencipta sesuatu yang lain dari yang ada sekarang ini.
Walaupun saya bukan orang yang tepat untuk memberi komen atau pendapat, sebagai penonton saya melihat pembikinan filem pendek sebagai suatu ruang yang kreatif dalam menyampaikan emosi, rasa hati, pendapat, pandangan dan sebagainya.
Kehebatan filem pendek yang dihasilkan bukan terletak pada kos menghasilkannya atau props (peralatan yang digunakan) dan latar belakang tempat yang diambil. Ia lebih kepada pandangan mata dan hati seseorang dalam menyampaikan sesuatu maksud.
Friday, July 18, 2008
Wonderful Events So Far!
Wednesday, July 16, 2008
Tayangan Filem Sukses
Tuesday, July 15, 2008
Cutenya Poster Gugurnya Kopiah Putih!
Monday, July 14, 2008
KL FRINGE FESTIVAL 2008 presents
The screening of 6 shorts from local directors on Wednesday (16.07.2008)8:30pm - Stor Theater DBP (Old building) featuring:
1. TUNGGU AKU DALAM SEMINIT LAGI
dir:Abror Rivai duration: 15mins genre:fiction- drama
language: Bahasa Melayu with English subtitles
2. ANAK2 BUMI TERCINTA
dir:Amirul ‘Ariff A. Wahab duration: 25mins genre:fiction- drama
language: Bahasa Melayu with English subtitles
3. 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA
dir:Fahmi Fadzil duration: 35mins genre:documentary
language: English & Bahasa Melayu with English subtitles
4. KAPAL KERTAS
dir:Fazlina Hishamuddin duration: 26mins
language: Bahasa Melayu with English subtitles
5. KOPITIAM KURANG MANIS
dir: Azri Abu Hassan duration:15mins genre:fiction- drama
language: Bahasa Melayu with English subtitles
6. BILA PUNGGOK RINDUKAN BULAN?
dir:Bennylita Nasuty Ramlee duration: 15mins genre:fiction- fantasy
language: Bahasa Melayu with English subtitles
Admission is free.
TUNGGU AKU DALAM SEMINIT LAGI dir:Abror Rivai
Sebuah filem pendek eksperimental di dalam tempoh 16 minit mendedahkan kekosongan jiwa sebagai tema kehidupan para pelaku dan watak wataknya. Ia terjadi berikutan kesendirian watak watak tersebut apabila berhadapan dengan kontradiksi zaman dan kemajuan. Setiap diri watak watak ini ingin keluar dari masalah atau belenggu kemunduran mereka walaupun terpaksa menunggu atau melakukan kejahatan untuk menang..
Director’s statement:
Setiap hari. Saya hidup di tengah tengah kota. Terutama di KL. Melihat manusia termengah mengisi kehidupan mereka. Antara untuk hidup dan pengisian kepada hidup itu sendiri. Dua tuntutan ini sentiasa berkontradiksi kerana budaya kerja di kota yang bersaing. Di dalam diri saya. Dan di dalam diri mereka.
Sewaktu manusia sibuk mengarahkan kehidupannya untuk tujuan ekonomi - pengisian kepada kehidupannya jadi tawar. Pengarahan yang berlebihan kepada tujuan tersebut membikin manusia menjadi terlalu personal dan emosional.
Bagi saya, remaja atau keremajaan itu di dalam setiap detiknya teruja untuk berubah dan menjadi dewasa. Saya telah merasainya ketika saya masih remaja.. tetapi, terserah kepada budaya macam mana mereka terdedah, didedahkan atau diberinya pendedahan. Jika tidak, mereka akan memilih jalan sendiri. Ada yang berjaya. Tidak kurang terjadi di antara mereka menjadi sunyi. Setelah terlalu lama berjalan menentang arus.
Setiap hari saya suka melihat. Sekitar pasar basah di KL semakin hari semakin banyak saya lihat manusia atau watak watak sunyi menjadi penghuni……
Abror Rivai is a full-time filmmaker; has directed & produced many shorts; currently in-progress of finishing his 50mins feature ‘Le Diable’ & a documentary.
ANAK2 BUMI TERCINTA dir:Amirul ‘Ariff A. Wahab
Filem pendek ini mengenai Engkau (watak tak bernama) yang sewel, hidupnya sentiasa bertindak mengikut akal rosak hasil sejarah lepas. Walaupun dendamnya telah terbalas dengan kematian bapanya, ‘rabak’ dulu2 masih menjahanamkan. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku tanpa memberi sebarang impak psikologi, akal tetap korup. Setelah sekian lama, Engkau telah berjumpa dengan Dia (sahabat waktu kecil) yang berkongsi ‘minat’ yang sama. Gerak geri, tingkahlaku dan pemikiran akaliah tidak mampu dibendung atau disontot ruang lingkungnya oleh keupayaan yang lain. Pertentangan ini adalah implikasi daripada konstruksi internal yang terbentuk dari tumbuh pembesaran usia yang kental, tapi ‘rabak’ lama, masih tetap kekal.
Amirul Ariff adalah pelajar tahun 2 Fakulti Filem & Video ASWARA.
10 TAHUN SEBELUM MERDEKA dir:Fahmi Fadzil
20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada berlakunya peristiwa mogok 'Hartal' seluruh Malaya yang dijalankan sebagai membantah Perlembagaan Federation ciptaan rejim kolonial British dan UMNO, serta kebangkitan sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum Merdeka.
KAPAL KERTAS dir:Fazlina Hishamuddin
Kapal Kertas menginterpretasi falsafah tentang pertemuan, perkongsian dan perpisahan. Hidup ini sesuatu yang tidak pasti. Manusia hidup dan mati. Kegembiraan dan kesedihan adalah reliti kehidupan. Dewi adalah simbol manusia realistik. Beliau mengharungi arus kehidupan dengan positif, rasional, berani dan bertindak bijak. Dewi percaya bahawa kehidupan adalah ruang untuk bereksperimen, menganalisa serta mencari makna disebaliknya. Ketika Dewi selesa mengatur hidupnya dan menerima pahit manis realiti hidup, seseorang hadir untuk mengujinya. Adakah Dewi masih realistik?
Fazlina is a graduate from National University of Malaysia ( UKM )Bachelor of Art, Majoring Malay Literature and History Faculty of Social Science and Humanities & holds a Master’s Degree Counseling Psychology Faculty of Social Science and Humanities from the same uni. Actively involved in arts since her school year till current.
KOPITIAM KURANG MANIS dir: Azri Abu Hassan durasi:15mins Ah Keong, seorang peniaga kopitiam yang berusia di awal 60-an di sebuah pekan kecil menerima banyak aduan dari pelanggannya yang sudah tidak puas hati dengan kopitiam nya yang suatu ketika dulu begitu memukau penduduk di pekan tersebut. Ah Keong di bantu oleh Fatimah, seorang gadis dari Indonesia yang naif. Secara tidak langsung Ah Keong telah menjalinkan hubungan dengan Fatimah secara senyap dan tiba-tiba 'kopitiam'nya menjadi laris, ramai pengunjung datang minum kopitiam Ah Keong.
Azri Abu Hassan kini adalah tutor separuh masa di ASWARA dan pengarah filem dan produser di MayTek Production Sdn.Bhd. Tamat Diploma Perfileman di ASWARA pada tahun 2003 dan seterusnya melanjutkan pengajian filem di Universiti Teknologi MARA. Mempunyai pengalaman bekerja di industri perfileman beberapa buah syarikat seperti Persona Pictures dan Metrowealth Movie Production sebagai Pengarah The Making Of… 9 September dan BS 21.
BILA PUNGGOK RINDUKAN BULAN dir: Bennylita Nasuty Ramlee
Suatu masa dahulu di Kayangan, Punggok amat cintakan Bulan dan menyatakan hasrat ingin mengahwininya. Bulan bersetuju dengan syarat; Punggok mesti mencari semula Cermin Muka kesayangannya yang telah terjatuh ke bumi, sebagai hadiah perkahwinan mereka. Pengembaraan mencari cermin muka Bulan dibantu oleh Arjhuna, sahabat lama Punggok, yang juga berasal dari Kayangan tetapi kini telah menetap di Bumi. Punggok dan Arjhuna merentas gunung, hutan dan tasik untuk mencari Cermin Muka Bulan dan telah menemukan mereka dengan Sang Naga. Namun begitu, Cermin Muka Bulan telahpun bertukar tangan daripada Naga kepada Bigfoot, kemudiannya kepada Orang Kenit dan akhirnya terjatuh ke tangan Duyung. Berjayakah Punggok bertemu semula dengan kekasihnya Bulan?
Bennylita Nasuty Ramlee adalah Pembikin Filem Pendek, Produser dan Pensyarah Multimedia yang gemar melukis. berkelulusan Ijazah Pertama Sains Komputer (Multimedia) dan Diploma Seni Video dan Filem, Akademi Seni Kebangsaan. Turut sama dalam pembikinan filem pendek dan dokumentari seperti 'Sayap-Sayap yang Patah', 'Telefon', 'Smoke', 'Once at the Summit', 'Batossai', 'Obstacles' dan 'Comolot' serta ‘Produksi Bangsawan Megat Terawis’ oleh Seniman Negara Pak Rahman B, ‘Makyong Anak Rajah Panah’ oleh Puan Fatimah Abdullah. antaranya adalah 'Hari Ni Hari Bodo Saya Cik!', 'Ombak Sutera', 'Magicletter to Hitam', 'Ramli Sarip Ruh Zaman', 'Kisah Gajah yang Gemar Melukis', 'Taksuku', 'Lembaga', ‘Siri Animasi Inspirasi: Kenic Pup’, dan yang terkini 'Bila Punggok Rindukan Bulan?'. Pada masa ini, dia juga melukis dan menguruskan Syarikat Produksi Multimedia dan Label Muzik Bebas kepunyaannya, Pekanmaya di Ampang, Selangor.
Latest Programming! Program Terbaru
KL FRINGE FESTIVAL 2008
ACARA-ACARA
LIGHTS! LIGHTS! LIGHTS!
(LAMPU! LAMPU! LAMPU!)
16 Julai
8.30 – 11.00 Malam
6 Filem Pendek Malaysia
Fazleena Hishamuddin (Kapal Kertas)
Azri Abu Hassan (Kopitiam Kurang Manis) Premier
Amirul Amri (Anak-anak Bumi Tercinta)
Abror Rivai (Tunggu Aku Seminit Lagi)
Bennylita Nasuty Ramlee (Bagai Pungguk Rindukan Bulan)
Fahmi Reza(10 Tahun Sebelum Merdeka) Dokumentari
17 – 19 Julai
8.30 – 10.30 Malam
The Day I Met the Prince (Kuo Pao Kun)
Teater Kanak (Bahasa Inggeris) Universiti Malaya
25 Julai – 2 Ogos
8.30 – 10.30 Malam
Malam 7 Drama 7 Duri
Sanggar Teater Fauziah Nawi
SWITCH ON - SWITCH OFF
BUKA SUIS – TUTUP SUIS
3- 4 Ogos Biografi
Dokumen Tari (Arifwaran)
8 Ogos Mural Jam “Bahasa Jiwa Bangsa”
Antaranya Azmil Yunor, Lurks dan Fathuliswa Soundscapes
Tuesday, July 8, 2008
Final Week Programme
SWITCH ON - SWITCH OFF
BUKA SUIS – TUTUP SUIS
3 – 4 OGOS 2008
STOR TEATER DBP
PERCUMA
ARIFWARAN
Biografi 1,2,3,……….. (English/ Malay)
48 Jam program forum seni persembahan, teater dan tari pada siangharinya dan persembahan tari, bicara tari dan persembahan serta video tari pada malamnya. Biografi 1,2,3,……. Mengumpulkan sejumlah penari dan aktivis tari serta teater-tari di Malaysia. Persembahan ini sekaligus akan menampilkan persembahan tari yang berbentuk konseptual yang jarang ada di negara ini. Ianya akan mencabar kita tentang bentuk dan genre tari itu sendiri.
Sunday, July 6, 2008
Program Terbaru KL Fringe Festival 08
“Retorika”
DBP(Dewan Bahasa & Pustaka, Old Building), Jln.DBP, KL.
www.klfringefestival.blogspot.com
Dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Galeri Tenaga dan di bantu oleh Jari Jemari.
11-16 July 2008 STOR TEATER DBP
“LIGHTS ON PLEASE”
TOLONG NYALAKAN LAMPU
11-14 July 2008
Persembahan Karya Teks Baru. Mono & Polidrama.
- Hamzah Tahir, MYTH (Mencari Yang telah Hilang). Arahan dan lakonan Hamzah Tahir, penyanyi undangan Hafiz Askiak.
- Syahrul Fitri, Gugurnya Kupiah Putih. Arahan dan lakonan Syahrul Fitri serta 11 orang barisan korus.
- Zulkifli Mohamad(phd), Gebu Gembira. Arahan Zulkifli Mohamad dan lakonan Ismaliza Ishak.
- Francis Tanglao Aguas, Sari Manok Travels. Arahan dan lakonan Francis Tanglao Aguas.
- Marlenny Deenerwan, YB JEE. Arahan M. Nasri Ayob, lakonan Marlenny Deenerwan.
- Arifwaran, TST. Arahan Arifwaran, lakonan Arifwaran dan pelakon undangan.
1. Hamzah Mohamed Tahir
Pensyarah di Program Teater, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. telah mendapat pendidikan formal dalam bidang Seni Lakon di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia. Seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang Sinografi di Central Saint Martins London Institute UK, beliau juga telah terdidik dalam bidang Artistik untuk Filem dan Televisyen di Universiti of Industrial Arts , Helsinki pada tahun 1996. Pernah menyandang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik melalui teater Tanah Bernanah di Pekan Teater Kebangsaan 1991. Sewaktu di UK, beliau terlibat dalam produksi teater Dreams (Cochrane Theatre, London 1996) Macbeth (Tricycle Theatre 1995), Henry IV (English Touring Theatre 1996) dan Out of LIFT (London International Festival of Theatre 1996). Turut terbabit dalam 5th Cairo International Experimental Theatre Fest 1993 , PQ 95 Prague Quadrennial (International Exhibition and Competition of Stage Design and Theatre Architecture) dan WOMAD 1999 di Reading UK. Di Kuala Lumpur beliau terlibat untuk produksi teater diantaranya The Cord, Tanah Bernanah, Muzikal Puteri hang Li Po, Muzikal Puteri Gunung Ledang , Raja Lear, Merdeka! Merdeka! Merdeka!, Sireh Bertepuk Pinang Menari dan Monodrama Angin Mengambang.
Menjadi Pengarah Artistik untuk Tengku Anum, Alang Rentak Seribu, Muzikal Lantai T. Pinkie. Mengarah beberapa produksi teater termasuklah Pintu, Pertemuan, Petaka, Ayam Jantan Ayam Betina dan Muzikal Jati. Dalam bidang tarian beliau mendapat pendedahan awal dalam tarian tradisional dan pernah mengikuti Bengkel Tarian Tradisional di bawah koreografer yang disanjungi iaitu Allahyarham Ahmad Omar. Selepas itu beliau berpeluang berkerja dengan koreografer seperti Professor Dr Ghouse Nassuruddin, Dr Chandrabhanu dari Bharatam Dance Company, Aida Redza, Lena Patel (London Contemporary) dan Pat Ibrahim (The Kit Kat Klub). Pengalaman yang amat berharga bagi dirinya adalah sewaktu menjadi penari dibawah koreografer dramatari klasik melayu tersohor tanahair iaitu Datin Azanin Ahmad dalam dramatari Kunang Kunang Gunung Ledang, Tun Fatimah dan Keris. Hasil kerja beliau sebagai koreografer termasuklah Muzikal Selendang Jiwa,Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu Tanah Serendah Sekebun Bunga, teater Salina, Bukan Lalang Ditiup Angin Medea, RAM, Pentas
SINOPSIS - MYTH (MENCARI YANG TELAH HILANG)
Sebuah aksi dramatik yang menyulamkan kata dan gerak.
Bila jiwa terpisah dengan jasad dan juga sebaliknya, terjadilah satu kejadian yang menyayat hati. Peristiwa dunia yang bergetar menyebabkan manusia hilang tujuan, hilang tumpuan, segala peristiwa membawa kepada satu tindakan yang diluar dugaan. Apa yang hilang? Dari sehari ke hari yang lain kita sentiasa merasa kehilangan, sedikit demi sedikit ianya memberi pengertian yang mendalam pada kehidupan manusia. Bila manusia hilang akal, hilang rasa hilang jiwa, apa apa pun boleh terjadi….namun biar hilang di mata di hati jangan.
2. SYAHRUL FITHRI MUSA
SYAHRUL FITHRI MUSA berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan Teater dan Drama dari Universiti Malaya. Kemudian, menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Sains Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T) Universiti Teknologi Mara. Beliau pernah terlibat dalam projek-projek seni persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Korea Selatan, Myanmar, Singapura, Thailand dan Indonesia. Beliau banyak melibatkan diri sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip dan juga di bahagian pengurusan pentas. Diantara persembahan-persembahan yang pernah dijayakannya ialah seperti ‘Tingginya Menyapu Awan’ (1997), ‘Remang Di Lorong Tua’ (1998) ‘Wau Bulan’(1999), ‘Meja Bulat’ (2000), ‘Jangan Bunuh Diri’ (2000), ‘Cinta Sumirang’ (2000), ‘Kursi’ (2000), ‘Obsesi’ (2001), Merdeka! Merdeka! Merdeka! (2002), ‘Root and Earth’ ‘Ronggeng Rokiah’ (2003), ‘Puteri Hang Li Po’ (2004), ‘Present for Megawati’ (2004) ’Tunku Kudin’ (2004,2005) ‘Jerejak’ (2006) ‘Ram’ (2007) dan yang terbaru ‘Pentas Opera’ (2008). Selain teater, beliau juga terlibat dalam produksi drama tv dan filem. Terbaru, beliau bertanggungjawab menggalas tugas sebagai Penolong Pengarah II dalam filem Wayang arahan Hatta Azad Khan. Beliau pernah dinobatkan beberapa anugerah seperti pengarah, pelakon dan penulis skrip terbaik di Universiti Malaya pada tahun 1999 dan 2000. Selain itu, beliau juga menjadi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Teater 2001 melalui lakonannya dalam ‘Obsesi’.
SINOPSIS - GUGURNYA KOPIAH PUTIH
Sebuah political satire yang mengaitkan dua simbol yang kontradik antara kopiah dan pistol. ‘Gugurnya Kopiah Putih’ mengambil kisah seorang pelajar beraliran agama yang akhirnya menjadi seorang penjenayah. Ia bermula dari konflik seorang pelajar yang bernama Nabil yang hilang belaian kasih sayang dari keluarganya apabila terpaksa tinggal di asrama. Dia merayu dari ayahnya untuk keluar dari asrama tersebut dengan alasan tidak dapat menyesuaikan diri hidup disitu. Walhal, dia sering dibuli oleh pelajar senior. Ayahnya berkeras tidak membenarkannya keluar dari asrama. Ini menyebabkan dirinya memberontak dan tersemat perasaan dendam yang teramat sangat terhadap salah seorang seniornya sehingga berlakunya pergaduhan yang besar. Nabil dibuang sekolah kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pelajar senior tersebut. Selepas kejadian tersebut, sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan yang ada dalam dirinya hilang sehingga menjadi seorang penjenayah yang dikehendaki.
3. FRANCIS TANGLAO AGUAS
Francis Tanglao-Aguas is the author of "when the purple settles," winner of the 2002 Don Carlos Palanca Award, the Philippines National Prize in Literature. He also wrote "where the carabao sleeps," and "Abuja Woman," both winners of the Audrey Skirball Kenis Playwriting Award. In April 2007, he performed his original solo play, "The Sarimanok Travels" at the University of Hawaii where he was awarded a Freeman Foundation Artist in Residence. His newest work "Ramayana La'ar," a theatrical adaptation of the sacred Hindu epic "Ramayana," received wide acclaim from the Williamsburg community and the Virginia Gazette garnering Best Play, Best Director, Best Actor, and Best Actress awards. He is also the co-editor of "Tibuk-Tibok Festival Anthology of Young Filipino Writers." Educated at the UCLA School of Theater, Film & Television with a B.A. in Theater Magna Cum Laude, and M.F.A. in Playwriting, Professor Tanglao-Aguas is founding Artistic Director of the Ateneo de Manila Fine Arts Festival and Theater Underground at UCLA. He has also taught at the International Islamic University Malaysia, Ateneo de Manila University, Kenyon College, and Georgetown University. He is a member of Asia Pacific Indigenous Plays Festival, Screen Actor's Guildand the Dramatists Guild of America. In April 2008, he will be directing the Pulitzer Prize winning "Topdog/Underdog" bySuzan-Lori Parks for William and Mary Theatre's Second Season. In 2007, Professor Tanglao-Aguas was awarded Outstanding Professor from the College of William and Mary Image Awards. He is proud of his work advancing the celebration of diversity alongside the students groups he advises such as Filipino American Students Association (FASA), Asian Student Council, Muslim Students Association, African American Theatre Club, and the newly founded International Performance Arts Exchange (IPAX). PERFORMANCE:
SINOPSIS – SARIMANOK TRAVELS
Francis Tanglao-Aguas will be performing excerpts from his one man show THE SARIMANOK TRAVELS, a solo epic inspired by the mythological roots of the Philippines fused with contemporary manifestations of the Filipino global experience. Francis previously performed SARIMANOK in Malaysia in 2003 at the Asia Pacific Indigenous Plays Festival held at the International Islamic University.
4. DR. ZULKIFLI MOHAMAD
Pernah menjadi ahli termuda, 13 tahun, dalam Persatuan Penulis Kelantan yang diketuai oleh Norhisham Mustapha. Banyak menulis sajak dan esei di majalah tahunan Sempana Kelantan. Belajar zapin dan silat dari guru-guru yang juga bapa-bapa saudaranya di Salor, Kota Bharu sejak berusia 8 tahun. Zulkifli berpengalaman menari dengan Suasana Dance Theatre Company sejak 1986 hinggalah ke produksi Tun Fatimah untuk tayangan Hari Merdeka 1997 di ASTRO RIA. Mula menghasilkan karya teater tari sejak 1993 bersama kumpulannya Teater Haus di Kuching Sarawak, sebelum berhijrah ke Bangkok dan Jakarta. Kembali ke Malaysia pada tahun 2003 dan menghasilkan produksi Tanah Serendah Sekebun Bunga yang diasaskan atas sajak karya beliau sendiri. Seterusnya menulis saja Aku Binatang Jalang sebagai tribut untuk sajak Aku karya Chiril Anwar dan terpilih untuk mementaskan karya teater tari dalam Emas Sepuluh di Istana Budaya. Mula mempamerkan karya teater tarinya sejak di Bangkok Fringe Festival sejak 1999 ke 2005. Zulkifli mula menulis drama monolog dengan Selipar Jepun yang turut dinominasikan bersama muzikal P.Ramlee untuk anugerah Best Malay Original Play di Cameronian Arts Award. Beliau kini mula mengumpul kembali sajak-sajaknya sejak 1978 untuk sebuah antologi.
SINOPSIS – GEBU GEMBIRA
Gebu Gembira lahir dari ide untuk merealisasikan sebuah cerita yang bermula dari iklan bedak batu di zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Gebu Gembira adalah sebuah kisah wanita tua yang menjual bedak sejuk dan bedak batu di Pasar Minggu di Kampung Baru. Aminah, mempunyai kisah suka duka yang pedih di dalam hidupnya. Dia juga pernah menjadi penari istana di zaman Kubu Budaya Tengku Temenggong di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu perang hidupnya menjadi kucar kacir. Ini adalah skrip monodrama yang kedua dihasilkan oleh Dr.Zulkifli. Persembahan Gebu Gembira menggunakan bentuk-bentuk gerak tari dan ekspresi tubuh yang bergaul dengan dialog dan naratif penceritaan.
5. Marlenny Deenerwan
Marlenny Deenerwan merupakan graduan Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya yang juga pemegang Diploma Seni Penulisan Kreatif dari Akademi Seni Kebangsaan. Melibatkan diri dengan teater sejak 1998 dan sehingga kini telah berlakon dalam lebih 30 produksi membabitkan teater moden dan juga tradisional. Dalam bidang lakonan beliau telah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Teater Wilayah Persekutuan dan Festival Teater Malaysia 2003 menerusi pementasan Dewan Persidangan (M.Nasri Ayob), serta anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater MAKUM 2005 menerusi pementasan muzikal Selendang Sakti (Roselina Khir). Turut tercalon dalam 5 finalis bagi kategori Best Actor In A Leading Role dalam Anugerah Boh-Cameronian 2006 menerusi monodrama Laut Lebih Indah Dari Bulan (Namron). Bermula 2002, Marlenny mula terbabit dalam bidang pengarahan pentas dan sehingga kini beliau telah mengarahkan beberapa produksi antaranya No Smoking Please, The Maids, The Glass Menageries, The Zoo Story, Melati & Melur serta Dari M ke M.
Aktif dalam bidang penulisan skrip televisyen dan pentas, beliau telah menghasilkan 11 buah drama yang telah dipentaskan serta lebih 20 skrip televisyen sama ada untuk produksi drama, iklan dan juga program bual bicara. Bakatnya dalam bidang penulisan lirik turut membawa beliau meraih anugerah Lirik Terbaik dalam Festival Nasyid Kebangsaan pada 2002 dan 2004. Skrip filem pendeknya berjudul Mencari Jalan turut meraih Hadiah Ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip anjuran Finas pada 2005.
Anak jati Sabah ini juga aktif menjalankan penyelidikan ke atas teater tradisional dan dilantik sebagai Pegawai Penyelidik bagi KeKKWa pada 2006. Kini, Marlenny sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang teater tradisional di Universiti Malaya dan menjadi tenaga pengajar di beberapa buah institusi pengajian tinggi.
M.Nasri Ayob (Pengarah)
Pemegang Diploma Teater dari Akademi Seni Kebangsaan dan kini merupakan pekerja sepenuh masa dalam produksi televisyen dan juga filem. Dalam bidang teater beliau telah terlibat menjayakan lebih 40 buah produksi sama ada sebagai pelakon, pengarah dan juga pekerja produksi. Pernah meraih anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003 dan juga Pengarah Terbaik Festival Teater Malaysia 2003 menerusi drama Dewan Persidangan. Antara drama lakonannya termasuklah Hamlet (Faridah Merican), The Tempest (Zahim Al-Bakri), Macbeth (Ahmad Yatim), Julius Caesar (Marzuki Ali), Jejak Pahlawan (Khalid Salleh) Taming Sari (Rahman B.) dan Siti Zubaidah (Zakaria Ariffin). Manakala pementasan yang diarahkannya termasuklah Nur, Tok Perak, Sangkar Madu, Awal & Mira, Zikir Ratna, Brutus Casius dan Kereta Kencana.
Dalam bidang televisyen, beliau telah terbabit dalam lebih 20 produksi televisyen dan filem sama ada sebagai pelakon atau pekerja produksi. Antara filem yang menggunakan khidmatnya termasuklah Cinta, Diva Popular, Monday Morning Glory, Zaleha Ayam Patah dan Dunia Baru The Movie. Anak kelahiran Pahang ini pernah bertugas sebagai Pegawai Kebudayaan di Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor sebelum memutuskan untuk menjadi artis bebas serta mengasas dan menggerakkan produksinya sendiri, Mekar Budaya Production.
SINOPSIS - “YB JEE”
Sebuah komedi mengisahkan JEE, wanita berkerjaya, mempunyai seorang suami yang sering dibangga-banggakannya kerana memiliki ciri-ciri suami mithali. Suaminya sangat bertanggungjawab dan dalam kesibukan JEE bekerja, suaminya rela mengambil-alih sepenuhnya kerja JEE sebagai seorang suri rumah tangga. Suaminya menjaga anak, memasak, membasuh kain, menyediakan keperluan rumah tangga dan melakukan segala-gala yang dilakukan oleh seorang suri rumah tangga. JEE rasa hidupnya sangat bahagia malah kawan-kawannya menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita yang sangat bertuah. Persoalannya, bertuah keeee??? ....
6. Arifwaran
Born in 1978, Arifwaran began his carier professionally at a very young age with some of Malaysia´s leading directors, choreaographers and artists. Arif studied performing arts at the Malaysia´s performing art institution, National Arts Academy Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur. At the age of 18 he is one of the founding member of Shakti Dance Company, a company which aim on the development of feminist activities in Malaysia. Mohammad Arifwaran Bin Shaharuddin´s knowledge and interest on the forms of theatre and dance ranges mainly in the development of traditional and contemporary arts idiom. A director, playwright, actor, vocalist and a choreographer, he is now an artistic director and choreographer for his company.
Mohammad Arifwaran Bin Shaharuddin´s knowledge and interest on the forms of theatre and dance ranges mainly in the development of traditional and contemporary arts idiom. He has been involved with some of the major traditional arts masters, e.g. the late Khatijah Awang and Awang Hamzah, who are the biggest influence in understanding the need to interpretation and the accommodation of traditional form in the new representational world of urban contemporary life in Malaysia. His interest of devalued muscle work and the interpretative invisible body has moved him to a more directive approach to question the extensive influences that exist in the traditional art forms through the studies of the backbone and speech.
Arifwaran is now residing and working as a full-time artist in Germany. Recently, he has been chosen as one of the Rolex's Arts Awards 2008 finalists.
SINOPSIS: TST
TST adalah sebuah ekspresi teater fizikal yang menceritakan pengalaman hidup seorang seniman.
15-16 JULY 2008
STOR TEATER
8.30 Mlm – 10.30 Mlm.
TAYANGAN FILEM-FILEM PENDEK
ABROR RIVAI, FAHMI REZA, AZRI ABU HASSAN, JOHAN ARIF
Azri Abu Hassan – Kopitiam Kurang Manis
Azri Abu Hassan kini menjadi tutor separuh masa di ASWARA dan pengarah filem dan produser di MayTek Production Sd.Bhd.. Dia tamat Diploma Perfileman di ASWARA pada tahun 2003 dan seterusnya melanjutkan pengajian filem di Universiti Teknologi MARA.
"Cerita ini mengisahkan Ah Keong, seorang peniaga kopitiam yang berusia di awal 60-an di sebuah pekan kecil menerima banyak aduan dari pelanggannya yang sudah tidak puas hati dengan kopitiam nya yang suatu ketika dulu begitu memukau penduduk di pekan tersebut. Ah Keong di bantu oleh Fatimah, seorang gadis dari Indonesia yang naive. Secara tidak langsung Ah Keong telah menjalinkan hubungan dengan Fatimah secara senyap dan tiba-tiba 'kopitiam'nya menjadi laris, ramai pengunjung datang minum kopitiam Ah Keong."
Fahmi Reza – Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka
Fahmi Reza adalah seorang pembikin filem yang baru mula mengorak langkah tetapi telah memenangi anugerah khas di Festival Film Freedom 2007. Filem beliau adalah subuah filem dokumentari yang mencari dan menyelidik pendapat, cerita dan pandangan para pejuang kemerdekaan sepuloh tahun sebelum merdeka.
LIGHTS ! LIGHTS ! LIGHTS!
LAMPU! LAMPU ! LAMPU!
17- 19 JULY 2008
Stor Teater
8.30 – 10.00 Mlm
Teater Kanak-kanak (English)
The Day I Met The Prince (Karya Koh Pao Kun)
Arahan Pengarah Baru, Amy Chew Mun
25 Julai – 2 Ogos 2008
Stor Teater DBP
: 9.00 Malam
Tiket
RM 30(Dewasa)
RM 15 (Pelajar)
TEATER MALAM 7 DRAMA 7 DURI
Persembahan monodrama dan drama pendek yang diselang- selikan dengan komposisi muzikal Iryanda Mulia Ramly.
Singa
Nangislah Anak
Tukang Sapu
Pukul
Ayam Sabung
Hutang
Maafkan Aku
Ard Omar (Pengiat Teater dari Ipoh, Perak, teater KLKU & Topeng Topeng)
Nuur Jihan Musa (berlakon Lorong Blues dan KLku)
Shahizal Arshad (finalis Bintang RTM dan pernah berlakon dalam KLKu)
Ungku Hariz Faizal (pelakon drama Ali Din dan turut beraksi dalam teater KLKu)
Raja Emy Shahril Raja Ismail (pelakon Topeng Topeng
Irfan Poizi
Nurzilahanim Mohd Darunai,
Ezzat Hakimi, Ahmad Kamil
,Mohd. Afis, Azim Abdullah
Persembahan anjuran Stefani dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ini diarah oleh Fauziah Nawi yang mengenegahkan karya-karya Baha Zai, Iryanda Mulia Ramli, Ashrin Abd Azim dan dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Nuur Jihan Musa, Ard Omar, Shahizal Arshad, Raja Emy Shahril Raja Ismail, Ungku Hariz Faizal, Irfan Poizi, Nurzilahanim, Mohd Darunai, Ezzat Hakimi, Ahmad Kamil, Mohd Afis, Azim Abdullah
Sinopsis
Singa karya Baha Zain
mengisahkan Singa memanggil semua binatang untuk memaklumkan tentang perletakan jawatannya sebagai raja. Singa mahu melantik di antara kalangan binatang lain menjadi penggantinya. Masing-masing cuba menonjolkan kebaikan & kelebihan agar dipilih tetapi siapakah akhirnya pengganti singa sebagai raja rimba?.
Nangislah Anak karya Ashrin Abd Azim, adalah kisah
Jah ditinggalkan suaminya seorang askar di tepi hutan Kuala Kubu bersama dua orang anak kecil. Dalam ketakutan didatangi musuh, kedua anak kecilnya tidak berhenti -henti menangis. Jah cuba memujuk mendiamkan mereka.
Tukang Sapu karya Iryanda Mulia
Si tukang sapu dengan kehidupan penuh kepalsuan. Pukul karya Iryanda Mulia
Apabila orang perempuan cerita tentang bab pukul memukul.
Ayam Sabung
Ego dan Nasib Seorang Lelaki yang kegemarannya suka membelasah orang.
Hutang
Kehidupan dilingkari dengan hutang.
Maafkan Aku, cerita generasi baru dan generasi lalu.
STEFANI kembali dengan teater Malam 7 Drama 7 Duri selepas persembahan teater muzikal KLKu dan Topeng Topeng yang telah dipentaskan pada awal tahun ini. Selain menjadi pengarah, Fauziah Nawi turut beraksi setelah aksi akhir beliau di pentas pada tahun lalu menerusi teater Lorong Blues. Teater ini turut menggabungkan penglibatan penggiat muda teater, remaja dan kanak-kanak dari Sanggar Teater Kanak Kanak Fauziah Nawi.
Sebarang pertanyaan dan tempahan tiket sila hubungi nombor berikut: Mokhtar Adnan: 017-6797151, Azian: 012- 2726553, atau lawati blog STEFANI www.akulahrawana.blogspot.com.