Monday, June 30, 2008

Susahnya Menguatkan Diri dan Keyakinan Diri

Sememangnya aku gila kerana ingin mengadakan persembahan 6 karya drama yang baru, apalagi aku sendiri menulis dan mengarah salah satu dari enamnya, dan apalagi bila aku menjadikan persembahan 11-13 Julai ini sebahagian daripada KL Fringe Festival, yang sememangnya tidak bermodal dan berpenaja, apalagi apabila aku sendiri pergi mengemis mencari tempat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan akhirnya bersetuju. Tapi itu tak cukup untuk sebuah festival, kerana banyak yang diperlukan di sini, bukan hanya bahan promosi-banner, poster, leaflet, tetapi juga makan minum para sukarelawan, melatih sukarelawan, mencari masa yang sesuai atau sukarelawan yang benar2 kentak semangatnya untuk memperjuangkan teater tanah air. Aku telah menhantar beberapa proposal kepada KekkWa, Balai Seni Lukis Negara, Tenaga Nasional, HSBC dan JKKN Wilayah Persekutuan, dan sampai kini, satupun belum ada. Aku tahu juga yang aku sudah agak terlambat mengemukakan bantuan ini. Agaknya apa yang akan berlaku jika tidak mendapat sebarang penajaan. KL juga tiba-tiba menjadi sibuk dengan pelbagai acara, KL Festival yang dianjurkan oleh KeKKWa, Urbanscape yang dianjurkan oleh KLUE dan KLPAC serta Visit KL oleh Telekom, Celcom dan Menara KL. Yang pastinya semuanya alah gergasi-gergasi yang mempunyai kuasa tahan dan kuasa wang! Apa yang ada hanyalah semangat ingin melakukan sesuatu yang berbeza dari selalunya, sesuatu yang unik dan mempunyai jiwa yang kental dan tinggi, semangat untuk membela karyawan-karyawan muda dan baru ingin mengorak langkah, keran kalau tidak kita akan selamanya akan dipijak dan berada dibawah tapak kasuk para seniman yang jauh lebih besar dari kita yang mempunyai rangkaian-rangkaian penaja serta pemerintah. Ada seniman besar mengeluh ada seniman negara mengeluh yang dia kurang atau tidak mendapat peluang, tapi kalau difikirkan, peluang apa lagi, kalau sudah mendapatkan datuk dan gelaran dan wang, apa lagi yang diinginkan. Agaknya kalau kita yang dibawah ini berpendirian begitu, apalah yang akan terjadi kepada kita, apakah kita masih ada suatu hari nanti atau akan hilang ditekah zaman, kita sendiri masih belum punyai buku untuk dipegang sebagai bukti, apalagi apabila dunia siber ini lenyap atau mengalami kehancuran, lenyaplah kita kaum muda yang tak punya apa-apa, tidak juga wang ringgit untuk membubuh minyak dimotorsikal buruk kita. Jadi apalah yang akan tinggal agaknya?

1 comment:

Fasyali Fadzly said...

teruskan usaha. saya yakin kita mampu untuk tunjukkan taring kita kepada orang-orang di luar sana.