Monday, June 30, 2008

MYTH (Mencari Yang telah Hilang)





Hamzah Mohamed Tahir

Pensyarah di Program Teater, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. telah mendapat pendidikan formal dalam bidang Seni Lakon di Pusat Seni,  Universiti Sains Malaysia. Seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang Sinografi di Central Saint Martins London Institute UK, beliau juga telah terdidik dalam bidang Artistik untuk Filem dan Televisyen di  Universiti of Industrial Arts , Helsinki pada tahun 1996. Pernah menyandang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik melalui teater Tanah Bernanah di Pekan Teater Kebangsaan 1991. Sewaktu di UK, beliau terlibat dalam produksi teater Dreams (Cochrane Theatre, London 1996) Macbeth (Tricycle Theatre 1995), Henry IV  (English Touring Theatre 1996) dan Out of LIFT (London International Festival of Theatre 1996). Turut terbabit dalam 5th Cairo International Experimental Theatre Fest 1993 ,  PQ 95 Prague Quadrennial (International Exhibition and Competition of Stage Design and Theatre Architecture) dan WOMAD 1999 di Reading UK. Di Kuala Lumpur beliau terlibat untuk produksi teater diantaranya The Cord, Tanah Bernanah, Muzikal Puteri hang Li Po, Muzikal Puteri Gunung Ledang , Raja Lear, Merdeka! Merdeka! Merdeka!, Sireh Bertepuk Pinang Menari dan Monodrama Angin Mengambang.

Menjadi Pengarah Artistik untuk Tengku Anum, Alang Rentak Seribu, Muzikal Lantai T. Pinkie. Mengarah beberapa produksi teater termasuklah Pintu, Pertemuan, Petaka, Ayam Jantan Ayam Betina dan Muzikal Jati.  Dalam bidang tarian beliau mendapat pendedahan awal dalam tarian tradisional dan pernah mengikuti Bengkel Tarian Tradisional di bawah koreografer yang disanjungi iaitu Allahyarham Ahmad Omar. Selepas itu beliau berpeluang berkerja dengan koreografer seperti Professor Dr Ghouse Nassuruddin, Dr Chandrabhanu dari Bharatam Dance Company, Aida Redza, Lena Patel (London Contemporary) dan Pat Ibrahim (The Kit Kat Klub). Pengalaman yang amat berharga bagi dirinya adalah sewaktu menjadi penari dibawah koreografer dramatari klasik melayu tersohor tanahair iaitu Datin Azanin Ahmad dalam dramatari Kunang Kunang Gunung Ledang, Tun Fatimah dan Keris. Hasil kerja beliau sebagai koreografer termasuklah Muzikal Selendang Jiwa,Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu Tanah Serendah Sekebun Bunga, teater Salina, Bukan Lalang Ditiup Angin  Medea, RAM, Pentas

MYTH – mencari yang telah hilang

Sebuah aksi dramatik yang menyulamkan kata dan gerak

 

Bila jiwa terpisah dengan jasad dan juga sebaliknya, terjadilah satu kejadian yang menyayat hati. Peristiwa dunia yang bergetar menyebabkan manusia hilang tujuan, hilang tumpuan, segala peristiwa membawa kepada satu tindakan yang diluar dugaan. Apa yang hilang? Dari sehari ke hari yang lain kita sentiasa merasa kehilangan, sedikit demi sedikit ianya memberi pengertian yang mendalam pada kehidupan manusia. Bila manusia hilang akal, hilang rasa hilang jiwa, apa apa pun boleh terjadi….namun biar hilang di mata di hati jangan. 

 

 

 

No comments: