march 6, 2010
Selepas Peristiwa: Al-kisah ke KL Fringe Film Fest
Salam ukhuwwah fillah...
Saya sempat menonton pada malam pertama tayangan saja. Jadi, ini ulasannya.
Saya sebenarnya tiada kenderaan untuk pergi, tanya punya tanya, akhirnya berjaya memujuk seorang sahabat, Byxura Zainol. Thanks to her, kalau tidak kerana beliau, tak merasa-lah saya sampai ke Menara DBP malam tersebut.
Al-kisahnya, kami tiba sedikit lewat... konjunksi trafik. Saya teruja sekali, sebelum ini sering ke Stor DBP menonton teater saja, kali ini tayangan filem, di menara pula. Tak kisah walau kami lewat sedikit asalkan tetap sempat pergi menonton. Pengorbanan yang besar sebenarnya kami lakukan pada malam itu, kerana melepaskan tayangan dokumentari di tempat sendiri. Maaf semaaf-nya, mahu hadir kedua-2 acara jika bisa.
Setiba-nya di situ, dengan konfiden-nya kami telah memasuki bangunan lama bersebelahan stor itu. Sunyi sepi. Getus saya dalam hati, tak mungkin acara dibatalkan pula? Saya call bertanya saudara Binfilem, beliau menjawab di tingkat 4. Dengan konfiden, sekali lagi kami masuk ke dalam lif dan menekan punat 4. Dalam hati rasa tak sedap, kenapa sunyi-nya tempat ini luar biasa sekali, gelap pula dan pilihan nombor di lif juga tidak banyak. Menara apa-nya kalau rendah saja. Menambah keseraman dengan bunyi krok krek lif itu, kami pun sampai di tingkat 4. Pintu lif terbuka, tersangat-lah horror suasana-nya. Gelap gelita! Byxura sempat melangkah setapak ke luar dan menjenguk. Saya menggesa untuk terus turun semula. Suasana itu memang tak ubah rasa macam dalam filem seram yang hebat Skrip 7707, dalam bahagian cerita Que Haidar tu! Macam kisah dalam filem pendek Exit karya Patrick Lim juga ada. Cuak!
Setibanya di bawah semula, mujur terserempak Razaisyam, baru-lah saya teringat kalau Menara DBP itu yang di belakang ini. Nama pun menara, entah macam mana boleh tak perasan padahal betapa-lah tingginya. Digelapkan mata barangkali. Sumpah, kelakar! Lalu ke sana-lah kami dengan selamatnya. Ketika masuk ke dalam Dewan Kuliah tempat tayangan itu, sedang ditayangkan filpen Rumah Ares. Mujur juga Ronamaya dan Kak Min kedua-2-nya sudah pernah tengok, jadi tidak-lah rasa rugi besar. Hampa sedikit tak dapat tengok lagi sekali untuk tontonan kedua saja-lah.
Secara keseluruhannya, penganjuran acara sebegini simplesememangnya memberikan lebih impak daripada tayangan biasa. Mungkin faktor tempat menambah aura tontonan. Kudos to penganjur,Dr.Zul dan Binfilem! Saya tumpang gembira dapat menyumbang juga walau tidak banyak dengan berjual DVD dan bantu menjaga jualan buku.
Rata-rata kebanyakan filpen pada tayangan malam pertama sudah saya tonton. Yang baru dilihat adalah These Odd Things (Halimi Hassan), Capal (Azizulhakim Salleh), Pintu Ke Pintu (Aliff Ihsan) dan Babi Itu Khinzir (Faiq Khalifa). Dengan tidak menukar pilihan favourite, saya tetap menggemari Sub Rosa (Nadiah Hamzah). Jalan ceritanya, warnanya, indah musikanya (saya memang gilakan Deeper Conversation oleh Yuna!), saya terpaku lagi. Suka sekali. Kisah cinta indah antara agama berbeza, liberalisme, yang digarap dengan begitu cantik tersusun. Selepas membaca review di beberapa blog lain, ya, saya setuju dengan pendapat mengatakan pengarah wanita lebih detail dalam penghasilan karya, memberi kesan penontonan mendalam yang buat orang menjadispeechless setelah menonton. Dan ini juga turut menerangkan tentang ke-dalam-an Sinkronis (Jaja Kadir). My fave of all times! Dengar kata ada yang menangis ya lepas menonton? *Senyum! Saya pun kecundang setiap kali.
Pilihan seterusnya yang saya suka ialah Babi Itu Khinzir. Serius ianya pendek sekali (durasi tidak lebih 3 minit barangkali?) tapi padat sepadatnya. Lakonan selamba oleh Ayam dan seorang lagi pelakon itu jelas bersahaja, mencangkung dan berbual berdua. Gaduh macam budak-2, tentang selesema babi (atau khinzir) kemudian berlarutan sampai ber-babi-an sesama sendiri. Suka sekali.
These Odd Things penuh kesan khas dan penyuntingan menarik. Saya pening menonton dan kurang faham juga! Haha... tapi tetap suka. Nanti nak tengok di SaluranKamu. Mungkin boleh faham dengan lebih baik.
Capal pula beri imej seketul-2 buat saya rasa macam dipaksa merasai keadaan yang dipaparkan itu. Dan jalan cerita dah boleh diagak. Saat si-kehilangan-capal itu menyedari capalnya hilang dan mengambil keputusan menyarung selipar kuning buruk entah siapa punya, saya dah dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya. Kisah berakhir dengan capal milik si malang itu bukan-nya hilang pun, tapi terjatuh ke dalam longkang saja. Walaupun dibuat ringkas dengan sedikit unsur komedi, saya percaya Capal banyak menyentuh skeptikalisme Melayu terhadap Melayu. Dan mengapa Melayu, masjid dan capal? Bukan loceng, kuil dan sari? Atau chopstick, tokong dan cheongsam-kah? See, ia penuh sinis. *Comel-nya, bila pakcik yang mengejar pencuri itu minum sirap milik si malang. Haha! Ada maksud tersembunyi di sebalik kelakar yang terpapar.
Pintu ke Pintu, seperti yang saya borak-kan bersama pengarah filpen tersebut selepas tayangan, ia mem-praktis-kan pengakhiran cerita berekor. Saya prefer kalau habis-nya dibiarkan habis saja tapa perlu penjelasan. Tapi pengarah menegakkan pendirian-nya yang suka ia habis dengan dijelaskan, sebab sudah terlalu banyak ending karya filpen lain yang dibiarkan tergantung, dan beliau tidak suka itu dalam karya-nya. Bagus, saya hormati pendapat beliau. Nak tunggu karya yang lain pula. Pengarah muda ini memang berpotensi besar dalam bidang pengarahan, syabas diucapkan dan moga jaya dengan projek seterusnya. *Ada projek, sila-lah roger-2 ya!
Penutup, tayangan malam kedua tidak dapat saya hadiri. Antara yang terlalu ingin ditonton adalah Perta.m.a. (Halimi Hassan), Konsekuensi (Razaisyam Rashid) dan Bila Gambus Tak Berlagu (Maszalida Hamzah). Menunggu review dari blog lain saja.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Dr. Zul dan Ridhwan Saidi atas keberjayaan penganjuran acara ini. ~0^_^0~

No comments:
Post a Comment